Thursday, December 20, 2012

21/12/2012

Malam Jumaat dia dijemput... sambutan birthday dia pun jatuh hari jumaat tahun ni..

Abah,

maafkan kita abah.. dah dekat 5 bulan abah pergi tp kita still nangis..
still sedih..
kita tau org lain pun pernah hilang ahli keluarga..
ramai lg yang yatim piatu dr kecik..
kita ni untung sbb dpt rasa kasih sayang abah 20 tahun..
tapi...
kenapa susah hati ni nak percaya abah dah takde..
minta maaf sekali lagi abah..

Abah,harini sepatutnya pagi2 kita call abah
wish "happy birthday" sambil nyanyi lagu birthday ntok abah..
sama mcm abah selalu buat masa birthday kitorang..
walaupn kita dah tua bangka, ingat lagi 24 mei lepas..
bangun pagi2 abah dh jerit "1..2..3...  happy birthday to you... happy bithday to raihana....."
abah ingatkan hanani, timah, tihaani ibu.. abah ajak diorang nyanyi sama2..
kita bangun pagi,mata ngantuk, muka mcm zombie tp hati seronok sangat..
bersyukur lahir dalam family mcm ni..

Tapi semua tinggal memori..
kita ingat lg kita tanya abah..
"abah, kenapa tahun ni x celebrate birthday sape2 pun?..
belanja la pizza ke mcD ke..." (sorry..mintak mcm2)
tp abah diam jer..x jawab pun..
selalu kalau ada birthday mesti ibu ngan abah beli something..
tp tahun ni sorang pn x sambut.. wish jer..
rupa-rupanya abah pun x sambut birthday jugak tahun ni..

takpe la abah, 

kita doakan abah tenang dan bahagia di alam barzakh..
kita yakin abah gembira kat sana..
sbb abah baik.. abah anak yang baik,suami yg baik, bapa yg baik..
semua org senang ngan abah..
abah x pernah gaduh ngan orang..mengumpat jauh sekali..
kalau abah outstation sume sedara abah melawat sekali..
sedara mara tiri ibu; jauh,dekat, kat hulu kampung pun abah sampai..
beli buah tangan banyak2..
sbb tu masa abah meninggal...
ramai kawan2 abah turun sembahyangkan jenazah abah..
sampai ada org tanya kat atok "berapa org yg meninggal kat masjid tu?"
Subhanallah....
jauh kita nak sampai tahap abah..

ibu ada cakap..
kisah abah jadikan pengajaran..
Insyaallah ibu..

21/12/2012

Selamat Hari Lahir Abah~
Semoga sentiasa berada dlm rahmat Allah~
Terima Kasih Abah :) 
al-fatihah..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."


No comments:

Post a Comment