Sunday, June 19, 2016

Reminiscing memories with my ABAH (Part 1)

19th June 2016- Father's Day

Bila dah besar, bukan style aku celebrate Father's Day ni. macam ibu cakapla, hari2 hari ibu dan abah jadi aku didik diri untuk menghargai diorang setiap masa. masa kecik2 dulu jela memang rajin kumpul duit beli hadiah masa hari ibu dengan hari bapa.

Tadi aku tweet something pasal father's day. Hargai bapa kita sebelum mereka dipanggil tuhan. Dah lepas tweet tiba2 mata banjir aku tak tahan dah ingat pasal abah. I have lost two fathers in a span of 3 years, Abah dengan Bapak (father in law). Aku sempat merasa hidup dengan bapak lebih kurang 3 tahun je, dengan abah 20 tahun.

Tujuan aku tulis entri ni adalah untuk aku dokumenkan memori dengan abah dan saat2 terakhir dia. Aku takut aku lupa. Aku nak ingat every detail memori aku dengan abah.


                                                                -somewhere in 1992-

Abah lahir dekat Melaka, 21 Disember 1961. Anak ketiga. Suka subjek sejarah hehe.. Kalau pergi KL, lalu kat certain bangunan dia akan ceritakan sejarah bangunan tu. Bangunan kedutaan negara2 asing pun dia akan ceritakan serba sedikit sejarah,nama2 orang,perjanjian yg ditandatangani. Aku ingat lagi betapa aku impress gila dengan memori dia. Aku nak ingat satu perenggan sejarah pun struggle kot.

Antara memori yg aku ingat masa kecik2, dalam umur 4 tahun kot,abah tengah tido. Aku ambik gunting and terus gunting bulu kaki dia. Dia bangun terkejut, pastu dia tanya 'ehh hang buat apa ni?' ('hang' tu terikut ibu cakap penang), aku cakapla nak potong bulu kaki sebab dah panjang. Next yang aku ingat cerita tu dah tersebar kat nenek,sedara2 sume haha.

Masa aku darjah 5 ke 6 eh,aku selalu balik sekolah agama lewat. Sekolah habis pukul 5 tapi aku selalu sampai pukul 6 lebih padahal rumah dekat je. Satu hari, lepas habis kelas macam biasa lepak2 and main2 ngan member kat satu tempat ni tak jauh dari sekolah ada cam gelanggang tau (taktau nak explain camne) pastu ada gelung konkrit besar kat hujung area tu. aku panjat pastu main gelongsor kat gelung konkrit tu. tengah seronok2 gelongsor aku nampak abah pandang aku dari jauh. Terus aku capai basikal kayuh terus balik rumah. Sampai rumah seingat aku dia takde marah pun,aku je yang cuak. Tapi lepas tu dia ingatkan jangan merayau. Dia jarang nak marah,tu yang aku suka.

Abah selalu jugak outstation. dalam 2,3 bulan mesti kena kerja luar. Bila time dia keje outsation kena pulak dengan cuti sekolah,satu family akan ikut dia outstation. Kalau dia outstation kat Kedah, satu Kedah tu kitorang pusing termasuk ceruk2 kampung sebab kerja dia kena pegi sekolah lah,penjara lah, pejabat kerajaan n swasta, and macam2 lagi tempat untuk uruskan hal ahli koperasi. So disebabkan tempat2 ni scattered around Kedah,satu Kedah kitorang pusing. Pernah jugak dekat negeri mana ntah, Pahang ke eh, masuk kawasan luar pekan, hari pun makin gelap tak jumpa satu hotel/motel/homestay pun. Last2 dah malam jumpa hotel murah cam rumah kedai, tilam keras gila, dalam bilik air ada puntung rokok lagi macam tak berkemas langsung. Tapi abah chill je walaupun kitorang adik beradik banyak komplen. ishhh ishh. Bila ikut dia outstation ni,part yang paling best MAKANAN la. Dia akan bawak kat kedai2 atau warung yang sedap. Setiap negeri dia ingat tempat makan special kat mana. Dia suka tengok family dia makan.


                                                    -CFS IIUM Nilai,2010-

Fast forward, masa aku umur 18 tahun, kerja pertama aku adalah kat Giant KJ jaga kiosk baju2 baby. First day keje satu barang pun aku tak dapat jual. Aku semak buku rekod jualan, sehari sebelum aku kerja tu sales dalam RM90+ kot, hari-hari sebelum tu pulak sales ratus-ratus. Aku dah cuak satu makhluk pun tak beli barang mungkin sbb cara aku promote teruk gila. Then datangla parents aku masa dah petang nak melawat anak dorang. Dorang pun beli barang kat kedai tu and dapatlah aku sales untuk haritu. Kalau tak sebab dorang,sales aku kosong haritu. Aku takleh lupa yang ni. Nampak macam simple tapi aku tersentuh sangat.

Tahun 2010,aku dapat tawaran UIA, kena daftar orientasi 23hb May kat uia pj. Esok tu 24hb birthday aku dan macam biasa lepas subuh abah akan call and satu family nyanyi lagu happy birthday. Itu first time dengar sume nyanyi dalam phone. Sebelum ni,selama18 tahun sekali pun tak pernah miss pagi bithday aku masa aku bangun tido dorang akan nyanyi lagu birthday. Abah yg selalunya ingat tarikh birthday sume orang and akan kejut the rest of family members yg tak bangun lagi untuk nyanyi untuk birthday girl. Tengah hari 24hb tu, family aku datang bawak chocolate cupcake untuk share ngan kawan2. Aku happy sangat masa tu. Cumanya,bila abah dah takde baru ibu bagitau lepas dorang hantar aku gi orientasi dulu, abah ada ckp ngan ibu 'jom esok kita pegi tengok raihana'. and esok tu pun dia cakap benda yang sama lagi. Ibu pun kata 'eh baru je kita tengok dia tadi,nanti hujung minggu kita datangla lagi'. Hmm abah....

Lepas orientasi kat kampus PJ,terus pegi kampus Nilai. Ha masa ni aku ingat tiap2 minggu family aku amik bawak balik rumah,hari ahad hantar balik Nilai. Dalam satu sem boleh kira 2,3 kali je aku tak balik. Bila dah matang baru aku nampak betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dan bapa aku.

Nak cerita banyak lagi tapi ni lah sedikit sebanyak memori yang aku ingat masa aku menulis ni.



Thursday, September 3, 2015

DAH NAK GRAD!

saya dah nak grad. weehuuuu!!!

selepas 5 tahun= foundation+degree

Monday, May 12, 2014

hati-hati

ini post general.
tiada kena mengena dengan siapa-siapa.
hanya si hina yang mahu menyampaikan pesan.

hati-hati kau memilih kawan,
hati-hati kau memilih bukan kawan,
hati-hati kau pilih musuh,
hati-hati kau memilih .......?........,


hahahahaha..
jangan risau aku ok.
aku ada agama.

Tuesday, July 30, 2013

MONEY

duit..
seboleh-bolehnya memang taknak serabutkan kepale hotak dgn masalah duit
tapi lepas kahwin ni, kena la memberi buah fikiran yg bernas cmne nak survive,
macam yang aku slalu cakap kat hubby
"my life starts when i'm 20" :)
sebelum ni hidup alhamdulillah senang, my parents cukupkan semuanya.

kahwin masa belajar.
mesti ada dugaan. tambah2 lagi bila hidup kat malaysa,KAN?
JANJI AMAN.
wahaha..

kerja? planning banyak
tambah2 lagi bila anda bernama Raihana, dilahirkan sebagai an awesome talented professional woman,
pressure sentiasa ada
(sila ambik baldi tadah apa yang patut. bahaha..)
tapi, seorang Raihana juga kuat.. berhangat-hangat tahi ayam.
dah., acaner nak tolong pompuan ni 0.o



sekian. tu saja kot. post sekadar suka-suka~

Wednesday, June 19, 2013

haii

err.. haii..
sekarang tengah dalam proses menyiapkan sesuatu. tunggu.... 
*actually taktau nak tulis apa :p